Friday, July 1, 2011

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan
emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga
telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas
bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah
 cukup haul setahun.

::Dalil Wajib Zakat::

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah
(tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan
kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari)
apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan
kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali
kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan
dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka
dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS


* Emas Yang Disimpan

          o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan
zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu
tidak termasuk batu-batu permata.
          o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa),
maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
 
* Emas Yang Dipakai
          o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara
berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang
 dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas
nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan,
buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
          o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai
RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

No comments:

Post a Comment