Friday, July 1, 2011

Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank


Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank

buku akaun emas Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur emas di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu :
  1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
  2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public Bank. Bagi Akaun Simpanan Emas Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal.
Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.  Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal.


No comments:

Post a Comment