Friday, July 1, 2011

Pelaburan Emas : Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i


Pelaburan Emas : Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i

kfh1
Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut kepada Kuwait Finance House.
Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur meyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi – daripada Turki. Ketulenan emas ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%). Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9 (ketulenan emas 99.99%)
Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
  1. Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).
  2. Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas. Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda. (contoh: kalau anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
  3. Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0).
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM6 segram (agak tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan atau di Ar-Rahnukan kerana emas di laminate

1 comment: