Sunday, October 9, 2011

Kitco Weekly Gold Survey



Kitco Weekly Gold Survey


Kajian pakar KITCO bhubung dengan harga emas minggu depan (mulai 10/10/11 - 14/10/11)
Bullish (naik) - 69.6%
Bearish (turun) - 13.0%
Unchanged (menten) - 17.4%

Wednesday, October 5, 2011

Apa Makna duit Kertas Kepada Kita

Apabila seseorang mencetak duit palsu, dia telah melakukan satu jenayah besar, kerana duit merupakan satu aset penting dalam bidang ekonomi dan semua urusan jual beli. Apabila wang palsu yang dicetak itu sudah tersebar dalam pasaran, ia akan menjadi satu masalah besar kepada masyarakat. Dan orang yang bertanggungjawab mesti dihukum dengan seadil-adilnya.


Tetapi, macam mana kalau yang cetak duit palsu itu adalah Bank Negara sendiri?

Payah tu.

Tapi sebelum tu nak tanya dulu, korang reti tak bezakan duit palsu dengan duit tulen?

Sebelum tu pulak nak tanya lagi, korang tahu tak duit tu ape? (ni soalan paling penting)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Ust Zaharuddin, ada 3 fungsi duit:

1) Medium of exchange
2) Store of value
3) Unit of account


1) Medium of exchange
Utk point pertama ni rasanya semua faham kot. Sebagai medium pertukaran. Disebabkan kita dah tak nak pakai sistem barter yang menyusahkan, maka kita telah menggunakan sistem duit sebagai medium perantara untuk membeli dan menjual sesuatu barang.


2) Store of value
Maksudnya duit dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa membeli kita. Ini bermaksud, jika anda menyimpan duit, anda sebenarnya mengekalkan kekayaan anda. Ini berbeza jika anda simpan kekayaan anda dalam bentuk lain, contohnya kereta. Jika anda simpan kekayaan anda dalam bentuk kereta, ini bermakna anda semakin miskin setiap tahun kerana nilai kereta semakin menurun setiap tahun. Kerana itulah anda perlukan duit.


3) Unit of account
Menentukan nilai sesuatu barang. Contohnya ada orang nak trade in kereta BMW dengan Mercedez. Macam mana kita nak tentukan yang harga kedua-dua kereta tu berapa nilainya? Tentulah dengan duit, dengan itu kita dapatlah tukar kereta secara adil.

Ambil contoh kalau kita pakai sistem barter, jika tidak ada sistem duit, maka kita tidak dapat tentukan harga barang. Sebab tu la jadi kes satu bakul durian boleh tukar dengan satu paket gandum je, pasal masing-masing tak tahu macam mana nak ukur nilai harga barang.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, dah kenal duit dan fungsinya? Let's proceed.


Cuba perhatikan duit anda sekarang. Adakah ia mampu melakukan kesemua fungsi-fungsi duit tersebut?



1) Medium of exchange
Adakah duit sekarang mampu menjadi medium of exchange? Cuba anda bawa duit Malaysia, RM100 kemudian pergi ke Amerika, dan seterusnya guna duit itu membeli sebuah novel di sebuah kedai buku di Amerika. Adakah penjual buku itu akan terima duit RM100 tu? Tak!


Kenapa? Kerana duit RM100 tu takde nilai di Amerika dan tidak mampu untuk menjadi medium of exchange di Amerika.

Ia sudah sama seperti sistem barter, di mana jika seorang pemilik lembu ingin menukarkan lembunya dengan gandum, dia hanya akan menukar lembunya apabila ia menjumpai pemilik gandum yang mahukan lembu!

Sama seperti dalam kes penjual buku tadi di mana dia tidak akan menjual bukunya sehingga dia menjumpai seseorang yang memiliki matawang USD yang mahukan buku tersebut.
Ini bermakna, duit sekarang tidak mampu menjadi medium of exchange!


2) Store of value
Seperti contoh yang saya telah berikan di atas, duit digunakan untuk mengekalkan kuasa membeli dan kekayaan kita. Adakah dengan menyimpan duit sekarang ni kita mengekalkan kekayaan kita? Tidak! Ini kerana nilai duit semakin hari semakin turun. RM1 pada hari ini tidak sama dengan RM1 pada 50 tahun yang lalu. RM1 dahulu boleh membeli nasi lemak dan air teh tarik, tetapi RM1 pada hari ini nak beli teh tarik sahaja pun dah tak cukup. Ini bermakna sia-sia sahaja anda menyimpan duit untuk sekian lama kerana nilainya semakin turun.
Duit sekarang tidak mampu untuk menyimpan nilainya....


3) Unit of account
Bolehkah duit sekarang digunakan untuk menentukan harga barang? Sedangkan nilai duit itu sendiri turun naik tak menentu, inikan pulak nak tentukan harga barang lain. Lagi la tak boleh. Orang-orang zaman sekarang akan mengatakan yang harga barang semakin naik. Kos sara hidup semakin meningkat. Harga minyak melambung naik.
Tetapi satu fakta yang hanya diketahui oleh pihak bank yang ingin saya beritahu anda semua iaitu, harga barang tidak naik, kos sara hidup tidak meningkat dan harga minyak tidak melambung tinggi, tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah nilai duit kita jatuh merudum hari demi hari!

Duit sekarang tidak lagi dapat digunakan untuk mengukur harga barang. Ini kerana apabila nilai duit turun, kita menuduh harga barang naik.


Disebabkan duit yang kita guna sekarang tidak mampu melaksanakan ketiga-tiga tanggungjawab tersebut, maka ia tidak layak dipanggil duit.


Apa yang ada dalam dompet anda sekarang sebenarnya bukanlah duit.


Habis tu ape?



Jawapannya, SAMPAH! Ya, Anda sedang mengumpul sampah yang banyak dalam dompet anda. Dan anda berbangga mempunyai sampah yang banyak di dalam bank. Inilah sebenarnya yang dipanggil "duit" dalam zaman sekarang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah Duit Moden


Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai bencana besar yang sedang berlaku dalam dunia ekonomi pada hari ini, perlulah kita melihat pada sejarah peradaban manusia yang lalu.

Sebelum itu, cuba perhatikan dahulu duit anda sekarang.


Lihat di bahagian tepi duit syiling anda.
Anda akan nampak kesan lekuk-lekuk, garisan-garisan di sekeliling duit tersebut. Apa maksudnya? Walaupun sebenarnya bertujuan untuk membezakan duit palsu dengan yang tulen, tetapi sebab utama kesan-kesan tersebut dibuat adalah kerana pengaruh duit zaman silam. Suatu masa dahulu, tamadun lama manusia (termasuk tamadun Islam) menggunakan emas tulen sebagai wang untuk apa jua transaksi perniagaan. Lekuk-lekuk tersebut adalah untuk mengelakkan daripada dikikis pada bahagian tepi. Tanpa lekuk-lekuk tersebut, jika seseorang mengikis pada bahagian tepi duit emas itu dia akan dapat mengumpul banyak "serbuk-serbuk" emas tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Kerana itulah lekuk-lekuk itu dibuat dengan tujuan untuk mengelakkan daripada dikikis.


Jika duit yang sudah botak di bahagian tepinya, maka duit itu tidak akan laku. Dan kesan lekuk itu sebenarnya tidak berapa perlu pun untuk duit zaman sekarang kerana duit sekarang tidak bernilai.


Lihat pula duit kertas anda.


Lihat pada perkataan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai". Ia terdapat pada setiap wang kertas Malaysia. Apa maksud perkataan tersebut. Ia sebenarnya ialaha sebuah perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia supaya menganggap helaian kertas yang tak berguna ini mempunyai nilai sebanyak RM10. Oleh kerana arahan "wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai" adalah hanya di antara kerajaan Malaysia dengan rakyat Malaysia sahaja, maka wang kertas ini hanya sah di dalam Malaysia sahaja dan tidak boleh dipakai di negara lain.


Mari kita lihat sejarah ekonomi pula. Jika anda perhatikan sejarah peradaban kaum-kaum yang bertamadun, anda akan menjumpai matawang mereka adalah emas dan perak. Anda boleh kaji sendiri jika anda tidak percaya dan apa yang anda akan dapati nanti memang emas dan perak digunakan sebagai matawang mereka.

Persoalannya, adakah zaman sekarang yang kononnya digelar zaman "moden" dan "bertamadun" menggunakan emas dan perak sebagai matawang? Tidak.


Mungkin ada sesetengah orang yang masih tidak nampak akan mengatakan bahawa duit kita disandarkan pada nilai emas dan kerajaan hanya boleh mencetak duit berdasarkan rizab simpanan emas negara.


Satu perkara yang ingin saya tegaskan di sini, DUIT ZAMAN SEKARANG TIDAK BERSANDARKAN PADA NILAI EMAS LANGSUNG DAN KERAJAAN BEBAS MENCETAK WANG SEBANYAK MANA YANG MEREKA MAHU!

Duit kertas mampu dicetak dengan banyak dalam masa yang singkat. Adakah ini anda panggil sebagai sesuatu yang "amat berharga"?


Apa buktinya?

Pada 15 Ogos 1971, Presiden Amerika pada ketika itu, Richard Nixon telah membatalkan perjanjian Bretton Wood yang telah menyebabkan matawang semua negara tidak lagi terikat pada nilai emas.

Presiden Richard Nixon pada 15 Ogos 1971 ketika membuat pengumuman pada dunia bahawa matawang USD tidak lagi terikat pada nilai emas yang seterusnya mengheret bersama semua matawang dunia yang disandarkan pada nilai USD untuk sama-sama "floating".


Sebelum tanggal malang tersebut, matawang USD yang menjadi rujukan seluruh dunia diikat dengan nilai 35 dollar for each ounce of gold. Ini berdasarkan perjanjian Bretton Wood yang dipersetujui selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Tetapi, penjenayah Nixon telah membatalkan perjanjian tersebut dan membiarkan matawang dunia ditentukan berdasarkan teori "demand dan supply". (saya tahu ni bukan idea dia, tetapi Dajjal yang sedang cuba menguasai dunia)


Demand and Supply. Apa tu? Maksud mudah nya macam ni lah. Dalam konteks barangan, jika anda faham sikit-sikit pasal ekonomi, anda akan perasan yang harga barangan sebenarnya ditentukan berdasarkan permintaan pasaran. Bila Demand (permintaan) naik tetapi Supply (bekalan) turun, harga barang akan naik. Dan jika demand turun dan supply pula melebihi demand, maka harga barang akan turun.


Contohnya, jika semua orang nak beli durian, tetapi hanya ada satu kedai jual durian, sudah pastilah harganya naik. Tetapi jika semua orang tak nak makan durian, tapi banyak pulak kedai yang jual durian, maka harga durian akan jatuh.


Ok, tadi tu dalam konteks barangan. Adakah patut si Nixon durjana tu mengaplikasikan teori demand and supply dalam matawang? Tidak. Anda lihat lah bagaimana sistem matawang dunia hari ini berdasarkan contoh yang saya bagi di bawah.


Sebagai contoh, lihat matawang MYR (Malaysia Ringgit). Hari ini, jika seseorang ingin melakukan apa-apa urus niaga dalam Malaysia, mereka perlu menggunakan MYR. Ini bermakna ada demand untuk MYR kerana ada manusia yang memerlukan MYR. Makin banyak demand, makin naiklah nilai MYR. Tetapi bagaimana jika kerajaan tiba-tiba jadi bengong pergi cetak duit MYR banyak-banyak melebihi demand seperti yang berlaku pada tahun 1997? Inflasi. Krisis ekonomi pun berlaku di mana nilai Ringgit ketika itu jatuh merudum kerana supplynya telah melebihi demand.

Ketika krisis 1997, Mahathir menyalahkan George Soros sebagai matawang. Cuba anda fikir, bagaimanakah Soros ingin melambakkan matawang Malaysia tanpa bantuan orang-orang dalam Malaysia sendiri? Hakikatnya, Mahathir dan Soros kawan baik. Baik punya lakonan. Satu dunia kena tipu. Mahathir yang jatuhkan nilai RM kemudian dia juga adalah hero naikkan semula nilai RM.







Apakah semua ini? Ini adalah kerana kita menggunakan sistem matawang yang dipanggil sebagai FIAT MONEY.

Apa itu fiat money? Fiat money inilah satu sistem yang telah diperkenalkan oleh Presiden Richard Nixon bagi menggantikan Representative Money (wang yang disandarkan pada apa-apa komoditi seperti emas) yang digunakan pada ketika itu.



Let's go lebih detail.
Dalam dunia ni, ada beberapa jenis matawang.

1. Commodity Money
2. Representative Money
3. Fiat Money





Commoditi money : Commodity money adalah duit yang menggunakan barang-barang komoditi seperti emas, perak dan lain-lain. Duit jenis ini adalah duit yang paling stabil dan paling bernilai. Semua tamadun-tamadun manusia menggunakan duit jenis ini. Untuk pengetahuan anda semua, ada satu tamadun je yang tak guna duit komoditi iaitu tamadun pada abad ke 21 (zaman sekarang). Saya pun tak tahu la kenapa bengap sekarang orang zaman sekarang tetapi mengaku bertamadun dan maju.





Representative Money : Representative money adalah wang kertas tetapi disandarkan dengan nilai sesuatu komoditi. Disebabkan emas mempunyai berat yang sangat berat, maka manusia telah menggantikan penggunaan emas dengan helaian kertas yang mewakili emas, tetapi nilainya masih bersandarkan pada emas.





Fiat Money : Fiat money adalah duit yang paling “Low class” sekali yang digunakan oleh manusia zaman sekarang. Majulah tu kononnya. Fiat money adalah duit yang takde nilai langsung, tetapi setiap kerajaan di seluruh negara telah memaksa rakyat mereka untuk menerima bahawa setiap kertas-kertas murah yang dikeluarkan oleh bank mempunyai "nilai yang sangat tinggi". Contoh fiat money adalah USD, MYR, Yen dan lain-lain currency di semua Negara di dunia.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Duit kertas sebenarnya tiada nilai. Sebagai contoh, cuba anda lihat pada permainan Monopoly.


Dalam permainan Monopoly, ada duit kertas. Dan duit kertas dalam permainan tersebut hanya sah dalam permainan tersebut sahaja, dan setiap pemain akan merasai "nilai" duit kertas dalam permainan tersebut. Hakikatnya, duit itu tiada nilai langsung.


Sama seperti dunia ekonomi moden hari ini. Dunia ekonomi pada hari ini ibarat permainan Monopoly yang menggunakan duit yang tiada nilai tetapi telah memaksa semua orang menerima bahawa helaian-helaian kertas itu adalah sesuatu yang amat "bernilai".


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Lihatlah nilai sebenar fiat money.....

Di Hungary pada 1946, wang kertas hanya diperlakukan seperti sampah. Dibuang dan dan dibiarkan bersepah di jalanan.


Seorang wanita di German telah menggunakan wang kertas sebagai bahan api untuk dapurnya. Ini berlaku sewaktu krisis ekonomi German 1923-1924 yang telah menyebabkan wang kertas atau fiat money telah berubah kepada nilainya yang sebenar, iaitu helaian-helaian sampah yang disimpan dalam dompet.



Duit-duit kertas ketika era peperangan dunia telah hilang nilainya. Duit-duit kertas zaman moden pula, pasti akan mengalami nasib yang sama pada hari ini. Lihatlah kembali wang anda. RM10, RM50, RM100 dan juga RM1. Hari ini, anda akan terasa ianya begitu bernilai sedangkan ia tidak mempunyai nilai langsung. Hari ini anda sanggup bergaduh demi duit tersebut. Hari ini anda sanggup bekerja keras demi duit tersebut. Ketahuilah, ianya bukanlah duit, tetapi sampah. Dan sampah tersebut akan bertukar menjadi sampah yang sebenar pada suatu hari nanti di mana anda akan lihat RM100 yang anda sayang-sayang itu akan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah matawang yang telah digariskan dalam Islam?

Islam tidak pernah mengajar umatnya tentang fiat money. Ini kerana terdapat riba' tersembunyi dalam fiat money.

Jika anda meminjam RM50 daripada kawan anda, kemudian anda pulangkannya pada 10 tahun akan datang dengan jumlah yang sama, iaitu RM50 juga. Adakah nilainya sama? Tidak. Nilainya telah berubah.

Inilah 'Riba' dalam penggunaan matawang.


Hadith Rasulullah, dari Ubadah bin Samit: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Muslim)


Apakah maksud hadith di atas? Ia adalah 6 matawang yang telah digariskan oleh Islam. (Siapa kata Islam tak cerita pasal ekonomi?)


Ini adalah jawapan kepada masalah ekonomi yang sedang berlaku sekarang. Selagi kita masih menggunakan fiat money, masalah ekonomi akan sentiasa timbul. Tak payahlah nak buat coference untuk bincang pasal masalah ekonomi selagi kita masih guna sistem fiat money ni.


Adakah adil, orang lain perlu berusaha keras untuk mendapatkan duit, manakala ada pihak lain pula hanya mencetak duit?



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah kenal duit?



Harap anda akan sedar bahawa helaian-helaian dan lipatan-lipatan kertas dalam dompet anda itu sebenarnya bukanlah duit, tetapi sampah.


Dalam sistem ekonomi yang penuh dengan riba' ini, sampah-sampah itu kelihatan amat berharga. Lihatlah bagaimana negara-negara miskin seperti di Afrika dan lain-lain, pernahkah anda terfikir kenapa mereka masih tidak boleh bangkit dan bersaing dengan negara lain? Kerana nilai duit mereka sudah jatuh teruk. Duit mereka telah menjadi sampah yang sebenar.



Duit kertas hari ini, nilai yang ada padanya hanyalah pada perintah kerajaan. Berbeza dengan emas yang memang mempunyai nilai yang tinggi kepada manusia. Nilai duit pada hari ini adalah sangat bergantung pada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara. Berbeza dengan emas, walau apa jua keadaan sekalipun, seperti peperangan, embargo dan lain-lain, emas tetap emas dan nilainya tidak akan jatuh walau apa pun yang berlaku.

Begitu bernilainya emas walau dalam apa-apa keadaan sekalipun, sehingga gigi emas yang ada pada mayat pun sanggup dikorek.



Duit yang sebenar adalah emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Inilah duit yang sebenar. Benda-benda tersebut sepatutnya dijadikan sebagai medium untuk urusan jual beli. Manakala duit kertas yang ada pada hari ini adalah duit yang dipaksa kepada kita supaya digunakan untuk urusan jual/beli dan dicetak oleh Bank Negara.


Duit palsu hari ini boleh dijual beli. Bolehkah duit dijual beli? Lihatlah Forex. Mereka buat untuk dengan membeli dan menjual duit. Logikkah duit boleh dijual beli macam barang? Fikirlah tuan-tuan dan puan-puan.



Kesimpulannya, apa yang anda perlu buat sekarang, segeralah tukar duit kertas tak guna anda itu kepada emas sekarang sebelum duit kertas anda bertukar menjadi sampah.......


Bayangkan, jika Amerika ingin menjatuhkan ekonomi Malaysia, dengan mudah sahaja mereka boleh suruh satu dunia boikot ekonomi Malaysia. Apabila diboikot, matawang Malaysia, MYR akan terus jatuh akibat ketiadaan "Demand" daripada masyarakat antarabangsa dan akibatnya, semua rakyat Malaysia, termasuklah kerajaan akan jatuh miskin kerana kekayaan kita semua disimpan dalam bentuk wang kertas yang tidak berguna. Bayangkan kesemua duit-duit anda di bank, tidak kira berapa juta ringgit sekalipun, anda tidak boleh beli apa-apa dengan duit tersebut apabila nilainya telah jatuh.

60 Fakta Sejarah Menganai Emas


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Simpan Emas Memperkasa EKONOMI MELAYU



Thursday, October 6, 2011

Simpan Emas Memperkasa EKONOMI MELAYU

Bahang kejatuhan harga emas baru-baru banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.  Logam bernilai ini semakin mendapat tempat dan ilmu tentang emas semakin berkembang di negara kita.

Ruangan klassifieds Berita Harian hari ini bertarikh 5 Oktober 2011, Syarikat Serambi Emas mengambil peluang ini untuk mempromosikan produk emas serta berkongsi beberapa tips penting berkenaan emas

Petikan daripada artikel tersebut:

"Apabila ditanya apa itu emas, sering kali ia dijelaskan tentang sifat fizikalnya, warnanya dan perkara berkaitan di sudut ilmu kimia atau kejadianya secara saintifik. Rumusannya, jika anda menyimpan duit kertas tunai semata-mata sebagi simpanan, anda akan rugi.  Sebabnya? Pada masa akan datang, simpanan anda mungkin sudah tidak mencukupi untuk memiliki keperluan yang ingin anda beli ketika itu."
Antara tips-tips yang dikongsikan:


  1. Emas adalah pelindung nilai tunai agar masa depan anda tidak terbelenggu masalah ketidakmampuan membayar harga barang keperluan yang semain meningkat.
  2. Emas diperlukan sebagai portfolio pelaburan kerana ia sangat stabil dalam jangka masa panjang.
  3. Simpanan Emas dapat memperkasakan ekonomi seorang individu sekali gus mengagih-agihkan kekukuhan ekonomi itu sesama keluarga dan masyarakat melalui ilmu dan zakat.
  4. Harga emas mengalami kejatuhan kini adalah masa terbaik membeli sebelum ia meningkat semula. 

Sabri Contoh anak melayu yang berjaya dengan urus niaga emas yang terkenal dengan laman http://emaskini.com

Monday, October 3, 2011

Beli Emas Secara Ansuran dan Ar-Rahnu


Belian emas secara ansuran adalah RIBA’, manakala belian emas secara Ar-Rahnu adalah HARUS dan RIBA’ (mengikut kaedah)
1. Kaedah pertama: Membeli emas dengan duit pajakkan emas sendiri
HARUS pada syarak jika emas yang dipajak asalnya adalah 100% milik pemajak dan duit hasil pajakan tersebut dibuat untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.
Contoh:
Ahmad memajak emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 (harga semasa emas dunia) lalu mendapat wang tunai hasil pajakannya itu berjumlah RM11,200 (30% daripada RM16,000) daripada pihak Ar-Rahnu.
Ini kerana nilai marhun daripada pihak Ar-Rahnu sendiri ialah RM16,000 untuk emas seberat 100 gram. Wang pajakan berjumlah RM11,200 tersebut digunakan Ahmad untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.
2. Kaedah kedua: Belian emas 70%-30% / 65%-35% melalui pihak ketiga
HARAM (RIBA’) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak – iaitu harga emas ditentukan oleh penjual (pihak ketiga – dalam kes ini pihak Ar-Rahnu) mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 30% atau 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yang diberikan dari pajakkan emas tadi.
Hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad, tetapi di dalam kes ini dalam 1 urusniaga ada 2 akad.
Dalam kes ini juga pihak pembeli terpaksa “membeli” emas dari pihak ketiga (bukan pihak penjual) secara ansuran.
Contoh:
Ahmad (pihak penjual) menjual emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 melalui Ar-Rahnu kepada Ramli (pihak pembeli). Ar-Rahnu (pihak ketiga) menetapkan nilai marhun emas 100 gram milik Ahmad ialah RM16,000 lalu Ar-Rahnu memberi wang tunai kepada Ahmad berjumlah RM11,200 (70% daripada RM16,000).
Emas yang pada asalnya milik Ahmad tersebut dipajak atas nama Ramli sebagai pemilik. Kemudian Ramli membayar baki RM4,800 (30% daripada RM16,000) kepada Ahmad sebagai bayaran belian emas tadi.
Ahmad telah mendapat wang tunai berjumlah RM16,00 manakala Ramli yang membeli emas tersebut mendapat surat pajak dari Ar-Rahnu. Ramli terpaksa menjelaskan baki RM11,200 termasuk upah simpan jika Ramli ingin mendapatkan dan menyimpan emas 100 gram tersebut dengan sendiri.
Rujukan:
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000