Monday, October 3, 2011

Beli Emas Secara Ansuran dan Ar-Rahnu


Belian emas secara ansuran adalah RIBA’, manakala belian emas secara Ar-Rahnu adalah HARUS dan RIBA’ (mengikut kaedah)
1. Kaedah pertama: Membeli emas dengan duit pajakkan emas sendiri
HARUS pada syarak jika emas yang dipajak asalnya adalah 100% milik pemajak dan duit hasil pajakan tersebut dibuat untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.
Contoh:
Ahmad memajak emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 (harga semasa emas dunia) lalu mendapat wang tunai hasil pajakannya itu berjumlah RM11,200 (30% daripada RM16,000) daripada pihak Ar-Rahnu.
Ini kerana nilai marhun daripada pihak Ar-Rahnu sendiri ialah RM16,000 untuk emas seberat 100 gram. Wang pajakan berjumlah RM11,200 tersebut digunakan Ahmad untuk membeli emas lagi. Ini hukumnya HARUS pada syarak.
2. Kaedah kedua: Belian emas 70%-30% / 65%-35% melalui pihak ketiga
HARAM (RIBA’) jika emas yang dipajak adalah bukan 100% milik pemajak – iaitu harga emas ditentukan oleh penjual (pihak ketiga – dalam kes ini pihak Ar-Rahnu) mengikut nilai marhun dan pembeli hanya perlu membayar 30% atau 35% dari nilai marhun manakala selebihnya diambil dari pinjaman yang diberikan dari pajakkan emas tadi.
Hujahnya adalah didalam 1 urusniaga ada boleh ada 1 akad, tetapi di dalam kes ini dalam 1 urusniaga ada 2 akad.
Dalam kes ini juga pihak pembeli terpaksa “membeli” emas dari pihak ketiga (bukan pihak penjual) secara ansuran.
Contoh:
Ahmad (pihak penjual) menjual emas miliknya seberat 100 gram yang berharga RM15,000 melalui Ar-Rahnu kepada Ramli (pihak pembeli). Ar-Rahnu (pihak ketiga) menetapkan nilai marhun emas 100 gram milik Ahmad ialah RM16,000 lalu Ar-Rahnu memberi wang tunai kepada Ahmad berjumlah RM11,200 (70% daripada RM16,000).
Emas yang pada asalnya milik Ahmad tersebut dipajak atas nama Ramli sebagai pemilik. Kemudian Ramli membayar baki RM4,800 (30% daripada RM16,000) kepada Ahmad sebagai bayaran belian emas tadi.
Ahmad telah mendapat wang tunai berjumlah RM16,00 manakala Ramli yang membeli emas tersebut mendapat surat pajak dari Ar-Rahnu. Ramli terpaksa menjelaskan baki RM11,200 termasuk upah simpan jika Ramli ingin mendapatkan dan menyimpan emas 100 gram tersebut dengan sendiri.
Rujukan:
Bahagian Pengurusan Fatwa
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P Putrajaya
No. Tel : 03-8886 4000

No comments:

Post a Comment