Friday, September 30, 2011

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya turun naik harga emas


  • Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Kalau sebelum-sebelum ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Oleh itu, emas berkadar songsang dengan matawang Amerika.
  • Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mencetak duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun
Masalahnya di sini, kalau anda lihat pada ketika ini sedang berlakunya pengukuhan semula matawang US dollar, jadi tidak hairanlah harga emas jatuh menjunam sekarang disebabkan harga emas memang bergerak songsang dengan US dollar. Persolannya, harga emas akan jatuh sampai paras berapa dan sampai bila? Kami serahkan kepada pakar-pakar emas yang ada di sini untuk berkongsi pendapat mereka bersama anda
Antara faktor-faktor yang memberikan nilai tambah kepada pengukuhan matawang US dollar ialah :
  • Penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain
  • Ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat
Tetapi walaubagaimanapun, kepada penggemar koleksi emas yang beli pada harga mahal sebelum janganlah kecewa. Macam rakan kami pun ada juga yang melabur dalam pelaburan emas fizikal.
Ha….lihat baik-baik tarikhnya. Dia beli emas :
  • Public Gold 20 g pada 23 Mei 2011 pada harga RM3339.00
  • Public Gold 100 g pada 23 Mei 2011 pada harga RM16539.00
  • Uob Gold 1 oz pada 10 Mei 2011 pada harga RM4736.00
Sekarang berapa? Yang itu boleh terima lagi. Walaupun harga belian Public Gold & UOb tak banyak bezanya masa beliau beli sebelum ini. Tetapi….Kemudiannya, beliau beli lagi emas UOB :
  • Uob Gold 1 oz pada 15 Ogos 2011 pada harga RM5462.00
Kalau tengok harga belian UOB sekarang, beliau memang rugi. Tetapi, kalau anda lihat pelaburan emas fizikal untuk tempoh 2, 3 tahun daripada sekarang. Insyaallah untung.
public gold4 Public Gold LIVE : Harga Emas Dalam Trend Menurun. Adakah Sekarang Waktu Sesuai Untuk Borong Emas?
Kalau anda beli bulan ini, bulan depan tengok harga emas jatuh, anda pula mula pening kepala. Mungkin pelaburan emas tidak sesuai untuk anda. Walaubagaimanapun terpulang……
Sebab….untuk jangka panjang, emas dan perak masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang. Dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini agak pudar.
Walaubagaimanapun……harga komoditi seperti emas dijangka meningkat semula kerana sebelum ini kita sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang cukup kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan walaupun secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi akhirnya nanti. Untuk jangka panjang, selepas harga emas kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan emas akan kembali meningkat.
Bagi pelabur-pelabur emas dan perak, penyusutan harga sebegini bukanlah bermakna ianya suatu yang merugikan sebaliknya boleh dijadikan masa yang sesuai untuk menambah belian sebelum menjana keuntungan ketika harga emas naik semula kelak. Betul tak?
Apa komen pakar-pakar pelaburan emas dan perak??? Adakah sekarang masa terbaik memborong emas dan perak atau terus tungguuuuu dan terus menungguuuu….???
Dari Berita Semasa

No comments:

Post a Comment