Friday, July 1, 2011

Keistimewaan Emas


Keistimewaan Emas


Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

 Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.


Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya. Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang.

Emas adalah logam yang sangat istimewa.


Emas adalah logam yang sangat istimewa.
Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat
Emas sebagai lambang kekayaan.


Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.
Emas itu lambang kecantikan.

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

Emas adalah logam terpilih.

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.


Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera "
(Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni .

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

TAKRIF KETULENAN EMAS

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).
Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu
barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan
logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga
yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.

Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu
mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN
pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga )
1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi
standard ketulenan yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.

Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.

Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan

Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard
ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-
peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun
tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )
perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum
yang dicap pada barangan tersebut.

Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-
barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K
( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat
yang kurang daripada 1.5 gram.

PNGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling ,  barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik
atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat
sebelum 1hb.Ogos,1995.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan
emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga
telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas
bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah
 cukup haul setahun.

::Dalil Wajib Zakat::

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah
(tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan
kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari)
apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan
kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali
kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan
dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka
dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS


* Emas Yang Disimpan

          o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan
zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu
tidak termasuk batu-batu permata.
          o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa),
maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
 
* Emas Yang Dipakai
          o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara
berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang
 dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas
nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan,
buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
          o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai
RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?


 APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

             APA ITU KARAT ( K ) ?

             KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
             24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                       Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura
                                       22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

     
             STANDARD KETULENAN PERAK
           
             ( a )       958.4

             ( b )       925

             ( c )       830

             ( d )       800

             STANDARD KETULENAN PLATINUM

             ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

              CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

              KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                              24

              CARA MENGUKUR KARAT

              STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                  1000
         
              Contoh Pengiraan :
              Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 
              750  X  24 = 18K
                       1000

              Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

             
             Emas Se Amas = 2.551 gm
       
             Emas Se Rial =2.70 gm
     
             Emas Se Kupang = 0.64 gm
           
             Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
           
             Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
       
             Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
     
             Emas 1 Mayam = 3.37 gm

             Hina Besi kerana karat        Mulia Emas kerana kilat

Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan


Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan

ketulan emas Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan
Emas merupakan salah satu pilihan pelaburan masa kini. Harga emas yang meningkat melebihi 2o% setahun menjadi pilihan ramai pelabur-pelabur. Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur yang ingin membuat pelaburan emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
  1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
  2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
  3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916.
  4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread).
  6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas di sini. Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas Maybank

Pelaburan Emas : Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i


Pelaburan Emas : Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i

kfh1
Kuwait Finance House Malaysia (KFH) turut menawarkan kemudahan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).
KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut kepada Kuwait Finance House.
Tiada sebarang kos penyimpanan dikenakan jika pelabur meyimpan emas tersebut di Kuwait Finance House.
KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi – daripada Turki. Ketulenan emas ini adalah 995.0 (ketulenan emas 99.50%). Kualiti emas ini adalah lebih rendah daripada kualiti emas 999.9 (ketulenan emas 99.99%)
Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.
  1. Sebelum membuka akaun KFH Gold Account-i anda perlu membuka akaun simpanan dengan Kuwait Finance House Malaysia terlebih dahulu (anggaran kos RM25).
  2. Selepas itu anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas. Anda boleh mengeluarkan jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam KFH Gold Account-I anda. (contoh: kalau anda membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
  3. Untuk pelaburan tambahan selepas itu, anda perlu membeli minimum 5 gram emas.
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan.
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0).
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM6 segram (agak tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan atau di Ar-Rahnukan kerana emas di laminate

Kenaikan Harga Emas Tahun 2010


Kenaikan Harga Emas Tahun 2010

Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangka panjang dan juga sederhana. Pelaburan emas di Malaysia masih di anggap baru dan ramai masih tidak menyedari potensi pelaburan emas. Ramai yang beranggapan emas hanya di gunakan sebagai perhiasan wanita.
Pelaburan menguntungkan
Apabila kerajaan mengumumkan dividen ASB 7.5% pada bulan Disember 2010, ramai pelabur-pelabur ASB berasa gembira tetapi pelabur-pelabur emas tersenyum dan tertawa. Ini kerana pelaburan emas pada tahun 2010 boleh la di anggap pelaburan yang paling menguntungkan daripada kebanyakkan pelaburan di Malaysia.
Kenaikkan harga emas 2010
Berapa kenaikkan emas pada tahun 2010? Harga emas yang dinilai dalam USD/oz pada 1 January 2010 adalah pada harga USD1,100/oz manakala harga pada 31 Disember 2010 ialah pada harga USD1,424/oz. Kenaikan sebanyak USD324/0z atau 29%.
au0365nyb Kenaikan Harga Emas Tahun 2010
Tidak boleh di pertikaikan lagi bahawa emas memang suatu pelaburan yang menguntungkan untuk jangka panjang dan sederhana. Nak tahu lanjut baca disini.


Kelebihan Ar-Rahnu


Kelebihan Ar-Rahnu

ar-rahnu
Ar-Rahnu merupakan Pajak Gadai Islam yang menggabungkankonsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
  • Ar-Rahnu adalah mekanisme di mana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.
  • Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
  • Al Qard adalah merujuk kepada simpanan yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun.
Kelebihan Ar-Rahnu
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
  • Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Berita Emas: Negara Penyimpan Emas Terbesar


Berita Emas: Negara Penyimpan Emas Terbesar

jongkong-emas.public-gold

India merupakan negara pembeli emas terbesar pada tahun 2010. Negara apakah yang mempunyai simpanan emas terbesar dunia? Mari kita lihat statistik yang di keluarkan oleh World Gold Council mengenai Negara Penyimpan emas terbesar dunia ini.

• 1 USA

Jumlah Simpanan Emas: 8,133 tonnes
Nilai: $361.8bn

• 2 Germany

Jumlah Simpanan Emas: 3,402 tonnes
Nilai: $151.3bn

• 3 IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa)

Jumlah Simpanan Emas: 2,827.2 tonnes
Nilai: $125.7bn
IMF berfungsi memantau operasi kewangan dunia dari kalangan 187 negara ahli. Simpanan di buat untuk kestabilan pasaran antarabangsa dan bantuan ekonomi dunia.

• 4 Itali

Jumlah Simpanan Emas: 2,451.8 tonnes
Nilai: $109bn

• 5 Perancis

Jumlah Simpanan Emas: 2,435.4 tonnes
Nilai: $108.3bn

• 6 China

Jumlah Simpanan Emas: 1,054.1 tonnes
Nilai: $46.9bn

• 7 Switzerland

Jumlah Simpanan Emas: 1,040.1 tonnes
Nilai: $46.3bn

• 8 Russia

Jumlah Simpanan Emas: 784.1 tonnes
Nilai: $34.9bn

• 9 Japan

Jumlah Simpanan Emas: 765.2 tonnes
Nilai: $34bn

• 10 Netherlands

Jumlah Simpanan Emas: 612.5 tonnes
Nilai: $27.2bn

Melabur Emas di Public Gold


Melabur Emas di Public Gold

Public Gold adalah Public Fine Gold International Sdn Bhd (“PFGI”). PFGI ditubuhkan dengan maksud untuk membeli dan menjual fizikal Public Gold Bar dan syiling emas harga pasaran antarabangsa.publicgold logo21 Melabur Emas di Public Gold PFGI mengendalikan pusat emas terintegrasi pertukaran fizikal yang merangkumi sistem perdagangan fizikal. Hal ini membolehkan pelanggan untuk menerima harga emas semasa (24 jam sehari) dan untuk tempat jual beli emas dengan prosedur perdagangan emas fizikal.
EMAS DIJUAL PADA HARGA PASARAN DUNIA Harga emas yang dijual oleh Public Gold adalah mengikut pasaran dunia dimana ianya berubah setiap 20 minit. Jika berminat untuk membeli emas anda boleh menghubungi Rangkaian Jongkong Emas dan mereka akan memantau harga dan mencadangkan harga terbaik untuk anda.
‘SPREAD” (SUSUT NILAI) HARGA YANG KECIL ‘Spread’ adalah susut nilai antara Harga Belian anda (“We Sell” PG) dan Harga Jualan Balik Anda (“We Buy” PG). Spreadnya lebih kurang 6-7% berbanding dengan belian emas dari kedai emas yang mana ‘spread’ mencecah 25%. APAKAH KELEBIHAN SPREAD YG KECIL ?? Dengan ‘Spread’ yang kecil anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapat keuntungan. Namun perlu diingatkan pelaburan emas adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (3 tahun, 5 tahun, 10 tahun lagi untung !!)
PUBLIC GOLD MEMBERI JAMINAN BELIAN BALIK Public Gold atau dealer akan membeli semula emas anda. Hubungi Dealer-dealer Rangkaian Jongkong Emassekiranya anda berniat untuk menjual semula emas yang telah dibeli. Public Gold akan membeli emas anda pada harga WE BUY mengikut harga pada website Public Gold pada ketika itu walaupun kemek, tercalar, dibuka plastik, yang penting berat emas tersebut sama seperti yang tertera pada certificatenya.
BOLEH MEMBUAT PILIHAN HARGA SENDIRI Anda boleh membuat pemantauan harga emas melalui website publicgold.com.my 24 jam setiap hari. Jika anda telah berpuashati dengan harga tersebut anda bolehlah menghubungi Rangkaian Jongkong Emas seberapa segera untuk lock harga

Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas Semasa


Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas Semasa

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas Maybank


Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas Maybank

kijang emas Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas MaybankSalah satu institusi yang menjual/membekal emas fizikal untuk pelaburan adalah Maybank dengansyiling emas yang diberi nama Kijang Emas. Ia adalah salah satu syiling emas yang terkenal di Malaysia. Kijang Emas adalah wang syiling rasmi Malaysia yang dikeluarkan oleh Royal Mint Of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan Maybank diberi kuasa untuk mengedarkannya.
Kijang Emas ini di di hasilkan dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. Mempunyai ketulenan 24k (999.9). Berat untuk 1 Oz = 31.1 gram, 1/2 Oz = 15.55 gram dan 1/4 Oz = 7.780 gram.
Pada muka hadapan syiling Kijang Emas ini terdapat gambar seekor kijang di dalam hutan Malaysia manakala bahagian belakangnya terdapat gambar bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya.
Dimana kita nak beli.Syiling Kijang Emas ini hanya boleh didapati di cawangan utama Maybank sahaja dan ia tidak di jual dimana-mana cawangan Maybank yang lain.
Harga Syiling Kijang Emas.Harga syiling Kijang Emas boleh lihat di semua cawangan Maybank di seluruh negara. Ia dipaparkan di Elektronik Board di bank tersebut. Walau bagaimanapun kita harus bertanya kepada pegawai bank untuk mendapat harga terkini.
Kita boleh juga lihat secara online di laman web Maybank sendiri ataupun Bank Negara Malaysia. Berminat dengan Pelaburan Emas? Baca disini.


Bagaimana Mengira Harga Emas Per Gram Secara Online


Bagaimana Mengira Harga Emas Per Gram Secara Online

emas timbang 4 Bagaimana Mengira Harga Emas Per Gram Secara Online
Ramai orang yang ingin tahu bagaimana mengira harga emas dalam gram. Buat mereka yang menyimpan atau memiliki emas, tips ini berguna untuk mereka. Artikel ini memberikan empat (4) langkah mudah bagi seseorang untuk mengira harga emas dalam gram.
Apa yang anda perlukan?
Kalkulator
Internet Connection

1. Harga Emas dinilai di USD Troy ons. Jika anda melihat harga emas sekarang ia menunjukkan harga emas untuk satu troy ounce. Cuba buka www.jongkongemas.comdan catatkan harga semasa emas dari table or side bar sebelah kanan anda.
2. Satu Troy Ounce telah 31.1034768 gram. Ramai orang yang bundarkan ke 31.1 tetapi untuk tujuan artikel ini kita akan menggunakan jumlah penuh 31.1034768.
3 Ok. Dengan menggunakan kalkulator anda - bahagi harga emas yang anda catatkan tadi dengan 31.1034768 dan ini akan memberikan anda harga emas per gram.
4. Ingat! Harga yang anda perolehi tadi adalah di dalam US Dollar. Untuk menukarkannya ke MYR anda hanya perlu bahagi dengan tukaran matawang USD:MYR di side bar www.jongkongemas.com tersebut.
Anda juga boleh mengira secara On9 seperti di website ini www.in-gold-we-trust.info. Cuma harganya di dalam USD dan anda boleh sambung ke step 4 di atas.

 Bagaimana Mengira Harga Emas Per Gram Secara Online
Artikel oleh MR. O

Beli Emas Sebagai Pelaburan


Beli Emas Sebagai Pelaburan

ne 10.1 Beli Emas Sebagai Pelaburan
Di seluruh dunia emas terus meningkat permintaannya sejak pelabur-pelabur dan pengurus dana telah mula membeli logam bernilai tersebut sebagai pengganti pelaburan ketika kejatuhan dollar. Kebanyakan pelabur membeli emas untuk melindungi mereka terhadap kejatuhan nilai matawang fiat, inflasi dan deflasi.Para pelabur menjadikan emas sebagai wang sebenar mereka apabila mereka merasa bahawa ekonomi global tidak menunjukkan tanda-tanda kemajuan.
Logam kuning yang bernilai ini sekarang semakin mudah di miliki kerana untuk memperolehinya pada masa sekarang juga semakin mudah. Dengan kejatuhan matawang, harga barang terus meningkat dan ramai yang mula membeli emas untuk menyerap inflasi. Krisis kewangan ekonomi mengambil masa beberapa tahun untuk menyelesaikannya jadi jika jika anda ingin merancang untuk melabur di emas maka sekarang ini adalah masa yang tepat bagi anda untuk membeli logam berwarna kuning yang sangat bernilai ini.
Bagaimana memiliki emas?
Terdapat beberapa syarikat yang sudah mula menawarkan emas fizikal untuk anda miliki sebagai simpanan. Emas ini adalah di dalam bentuk jongkong emas atau pun dinar emas.
Antaranya ialah Public Gold Fine International Sdn Bhd yang lebih di kenali sebagai Public Gold. Public Gold menawarkan emas di dalam bentuk jongkong, dinar dan juga barang kemas.
Untuk membeli emas dengan Public Gold anda boleh menghubungi ejen-ejen berdaftar dengan Public Gold seperti groups JongkongEmas.com

Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank


Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank

buku akaun emas Pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur emas di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu :
  1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
  2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public Bank. Bagi Akaun Simpanan Emas Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal.
Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.  Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal.