Friday, September 30, 2011

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya turun naik harga emas


  • Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Kalau sebelum-sebelum ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Oleh itu, emas berkadar songsang dengan matawang Amerika.
  • Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mencetak duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun
Masalahnya di sini, kalau anda lihat pada ketika ini sedang berlakunya pengukuhan semula matawang US dollar, jadi tidak hairanlah harga emas jatuh menjunam sekarang disebabkan harga emas memang bergerak songsang dengan US dollar. Persolannya, harga emas akan jatuh sampai paras berapa dan sampai bila? Kami serahkan kepada pakar-pakar emas yang ada di sini untuk berkongsi pendapat mereka bersama anda
Antara faktor-faktor yang memberikan nilai tambah kepada pengukuhan matawang US dollar ialah :
  • Penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain
  • Ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat
Tetapi walaubagaimanapun, kepada penggemar koleksi emas yang beli pada harga mahal sebelum janganlah kecewa. Macam rakan kami pun ada juga yang melabur dalam pelaburan emas fizikal.
Ha….lihat baik-baik tarikhnya. Dia beli emas :
  • Public Gold 20 g pada 23 Mei 2011 pada harga RM3339.00
  • Public Gold 100 g pada 23 Mei 2011 pada harga RM16539.00
  • Uob Gold 1 oz pada 10 Mei 2011 pada harga RM4736.00
Sekarang berapa? Yang itu boleh terima lagi. Walaupun harga belian Public Gold & UOb tak banyak bezanya masa beliau beli sebelum ini. Tetapi….Kemudiannya, beliau beli lagi emas UOB :
  • Uob Gold 1 oz pada 15 Ogos 2011 pada harga RM5462.00
Kalau tengok harga belian UOB sekarang, beliau memang rugi. Tetapi, kalau anda lihat pelaburan emas fizikal untuk tempoh 2, 3 tahun daripada sekarang. Insyaallah untung.
public gold4 Public Gold LIVE : Harga Emas Dalam Trend Menurun. Adakah Sekarang Waktu Sesuai Untuk Borong Emas?
Kalau anda beli bulan ini, bulan depan tengok harga emas jatuh, anda pula mula pening kepala. Mungkin pelaburan emas tidak sesuai untuk anda. Walaubagaimanapun terpulang……
Sebab….untuk jangka panjang, emas dan perak masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang. Dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini agak pudar.
Walaubagaimanapun……harga komoditi seperti emas dijangka meningkat semula kerana sebelum ini kita sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang cukup kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan walaupun secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi akhirnya nanti. Untuk jangka panjang, selepas harga emas kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan emas akan kembali meningkat.
Bagi pelabur-pelabur emas dan perak, penyusutan harga sebegini bukanlah bermakna ianya suatu yang merugikan sebaliknya boleh dijadikan masa yang sesuai untuk menambah belian sebelum menjana keuntungan ketika harga emas naik semula kelak. Betul tak?
Apa komen pakar-pakar pelaburan emas dan perak??? Adakah sekarang masa terbaik memborong emas dan perak atau terus tungguuuuu dan terus menungguuuu….???
Dari Berita Semasa

Thursday, September 15, 2011

Apakah Arrahnu?


Apakah Arrahnu?

         

Definisi dari sudut syarak :


Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............." (Surah al-Muddaththir 74:38)

Pengertian , Hukum dan Rukun Ar-Rahnu

1. Pengertian
  • Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima".
  • H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar".
  • Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
  • Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.

2. Hukum
  • Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
  • Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya" (Riwayat Al-Bukhari)
  • Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya" (Riwayat Tirmidzi)

3. Rukun

Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
  • Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang.
  • Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman.
  • Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman.
  • Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang.
  • Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian.      

Kenapa Simpan Emas?



Kenapa Simpan Emas?

Emas Adalah Wang Yang Stabil dan Kukuh

Emas merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia. Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas yang stabil dan kukuh menarik perhatian. Seekor kambing berharga 1 dinar ketika zaman Rasulullah S.A.W, hari ini seekor kambing masih berharga 1 dinar. Ini menunjukkan inflasi sifar walaupun tempoh masa lebih 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas merupakan simpanan yang paling stabil dan kukuh. Kuasa beli emas masih dikekalkan dan inilah kelebihan emas. Walaupun, emas boleh dicetak tampa hadnya oleh sesebuah negara nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Oleh yang demikian, kekayaan menyimpan dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan kerana ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

10 year gold price per ounce
Sejarah 20 tahun kenaikan harga emas dalam USD per ounce

  • Lapan Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Emas

  • 1.
    Kedudukan emas sangat tinggi nilainya dan merupakan komoditi yang terpenting masyarakat dunia - Pengeluaran emas dari perut bumi adalah sedikit dan tidak dapat memenuhi permintaan masyarakat dunia.
      2.Jumlah emas di atas muka bumi tidak banyak tetapi beredar di dalam masyarakat ketika ini dan pemilikan emas sentiasa bertukar tangan - Kebanyakan orang yang mampu sahaja memiliki dan menyimpan emas.
      3.Emas adalah wang - Emas memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya berbanding simpanan wang kertas yang susut nilainya dan tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
      4.Emas adalah alternatif kepada wang kertas dunia - Wang kertas sentiasa bermasalah kerana dikawal oleh kerajaan dan nilainya boleh turun menjunam apabila berlakunya defisit negara.
      5.Nilai jualan emas tetap kekal dan tidak seperti wang - Nilai wang kertas sepuluh tahun yang lalu tidak akan sama nilainya pada hari ini.
      6.Jikalau emas dipasarkan dipasaran saham, keadaannya sentiasa 'BULLISH' kerana nilai harga yang sentiasa naik.
      7.Nilai emas ditentukan oleh pasaran dan tidak dikawal oleh bank pusat (Central Bank); dan
      8.Nilai emas adalah stabil dan tidak dipengaruhi oleh inflasi (zero inflation effect) - Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah sebagai penyimpan nilai yang baik. Nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas yang berada ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Sunday, September 11, 2011

MENGAPA MELABUR EMAS



Emas merupakan sejenis aset, ia juga adalah salah satu komponen logam. Emas telah lama dititikberatkan sebagai sejenis alat pelaburan untuk melindung nilai kewangan dari inflasi sejak penubuhan pasaran kewangan.
Pada tahun 2008, seluruh dunia telah mengalami krisis ekonomi yang bermula dari Amerika Syarikat. Krisis “subprime mortgage” dari Amerika Syarikat ditandai dengan meningkatnya kenakalan subprime mortgage dan rampasan, dan penurunan hasil kesan kembali hipotik.
Krisis “subprime mortagage” dari Amerika Syarikat telah membawa kesan buruk kepada pasaran kewangan. Dunia kita turut ditimpa dengan krisis kewangan di mana krisis ini telah merebak dari Amerika Syrikat ke negara-negara Eropah. Iceland merupakan negara pertama dari Eropah yang mengalami krisis kewangan, diikuti oleh Ireland, Greece, Portugal dan Sepanyol.
Sejak tahun 2008, Amerika Syarikat telah mengambil langkah dramatik untuk mengurangkan kadar faedah mendekati 0%. Selain itu, Amerika Syarikat juga melaksanakan polisi kewangan yang longgar untuk tempoh tertentu. Kesannya, pasar kewangan sudah berpulih dari paras yang terbawah di mana seluruh industri menikmati manfaat daripada tindakan and keputusan Federal Reserve dalam mengurangkan kadar faedah ke tahap menghampiri 0%.

Namun, keadaan kadar faedah yang rendah di Amerika Syarikat telah mengakibatkan inflasi meningkat secara dramatik/drastik sejak beberapa tahun yang lalu. Amerika Syarikat dituduh menghasilkan lebihan wang tunai di pasaran dan kesannya merebak ke negara-nagara lain. Beberapa negara bahkan menyalahkan Amerika Syarikat dalam “mengekspot” inflasi itu ke negara-negara lain.
 
Jumlah besar matawang USD yang membanjiri pasaran memang menyebabkan pertambahan nilai matawang-matawang seperti Euro$, AUD$, SGD$, Yen, RMB dan matawang asing yang lain. Selain itu, Indeks Dollar yang lemah juga mengakibatkan kenaikan harga komoditi. Kesannya, harga Minyak Mentah, Emas, Perak, Tembaga dan Jagung turut meningkat tinggi sepanjang tahun.
Akibat daripada keadaan tersebut, inflasi di mana-mana; Inflasi China telah mencapai tahap 5.3% dalam April berbanding dengan tahun sebelumnya. India turut melaporkan kadar inflasi sebanyak 8.82% dalam bulan March.
Emas selalu dianggap sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi, terutama dalam keadaan di mana pencetakan matawang wang Amerika Syarikat telah menimbulkan lebihan wang di dalam pasaran. Juga, ada khabar angin bahawa Amerika Syarikat mungkin menambahkan pengedaran wang ke dalam pasaran dengan melaksanakan QE3 (Kuantitatif Mempermudah 3). Ini bermakna bahawa Amerika Syarikat akan mencetak lebih banyak wang dan memberi tekanan kepada matawang USD. Harga emas biasanya bergerak negatif dengan USD, sekiranya keadaan QE3 tersebut berlaku, harga emas akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi.

Krisis Timur Tengah sejak Februari tahun ini telah membawa kesan yang besar kepada minyak mentah. Harga minyak mentah telah mencapai tahap melebihi USD 100 per barel berbanding dengan tahap rendah US 92.00 per barel tahun ini. Minyak mentah merupakan faktor utama bagi pergerakan harga semua komoditi. Harga minyak mentah yang lebih tinggi akan mempengaruhi harga emas dan meningkatkan inflasi. Minyak mentah juga dijangka akan mencapai tahap melebihi USD100 per barel untuk masa yang akan datang sekiranya rusuhan Timur Tengah berterusan. Sekali lagi, harga emas turut dipengaruhi dan ditentukan oleh harga minyak mentah jika gangguan bekalan minyak dari Timur Tengah terus berlanjut.
Kesatuan Eropah (EU) sedang menghadapi risiko hutang lapuk yang lebih tinggi di mana kadar hutang Greek telah diturun- pangkat sebagai "junk" dan kadar Itali pula menjadi negatif. Matawang Euro € telah ditetapkan untuk susut nilai dengan lebih lanjut dengan USD. Dalam pada ini, hanya matawang China RMB dianggar akan bertambah nilai berbanding dengan matawang asing yang lain. Namun begitu, China mengakui bahawa negaranya akan menambah-nilai RMB dengan kadar yang lebih lambat dan stabil terhadap matawang USD supaya tidak membebankan pengeluar tempatan. Yakni, emas merupakan satu-satu aset yang memberi perlindungan kepada pelaburan dalam semua jenis matawang.
Emas juga digunakan dalam perhubungan dengan Dolar Amerika Syarikat pada Julai 1944 di bawah Perjanjian Bretton Woods. Tujuan utama Perjanjian Bretton Woods adalah untuk mewajibkan setiap negara untuk melaksanakan satu dasar kewangan yang menetapkan tukaran nilai matawang terhadap USD dan kebolehan IMF (International Monetary Fund) iaitu Tabung Wang Antarabangsa untuk menyelesaikan ketidakseimbangan bayaran sementara. Perjanjian ini kemudiannya dihentikan pada tahun 1971 di mana USD telah menjadi satu matawang ‘fiat’ dimana matawang tersebut tersebut tidak diberi cagaran tetapi hanya jaminan dari Pusat Tabungan Negara (Federal Reserve). Beberapa penyelidik telah menyeru untuk menetapkan (‘peg’) matawang USD terhadap emas akibat daripada perkembangan akhir-akhir ini di mana ketidakseimbangan dan krisis kewangan berleluasa. Yakni, memperkenalkan kembali sistem Bretton Woods untuk memulihkan sistem kewangan dunia.
Sekiranya sistem Bretton Woods diperkenalkan lagi , emas akan dianggap sebagai sejenis alat kewangan yang penting dan turut dibeli oleh banyak Bank Negara di dunia ini.
Sebenarnya, emas telah diberi oleh Bank-bank Negara sejak tahun 2009. Misalnya, Bank Negara India telah membeli sebanyak 200 ton emas dari Tabung Wang Antarabangsa (IMF) dalam Nov 2009, Bank Negara China turut menambahkan tabung emas sejak 2009 dan akan meningkatkan lagi tabungannya and menjual bon dalam matawang USD.
Perkembangan terkini bahawa Bank Negara Mexico telah membeli hampir 100 ton emas dalam bulan Februari and March demi memperbagaikan risiko daripada matawang USD.
Permintaan emas dunia telah meningkat sejak krisis kewangan “subpime” di Amerika Syarikat. Dengan lebih banyak pelabur bergegas untuk melindung nilai mereka terhadap Dolar Amerika Syarikat dan juga inflasi, emas telah dianggap sebagai alat utama yang memberi perlindungan demi tujuan pelaburan. Oleh kerana itu, harga emas kemungkinan besar akan terus meningkat sehingga seluruh pasaran dunia kembali ke keadaan normal seperti sebelumnya. Bila keadaan normal akan berlaku? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan kepadanya