Friday, July 1, 2011

Keistimewaan Emas


Keistimewaan Emas


Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

 Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.


Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya. Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang.

Emas adalah logam yang sangat istimewa.


Emas adalah logam yang sangat istimewa.
Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat
Emas sebagai lambang kekayaan.


Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.
Emas itu lambang kecantikan.

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

Emas adalah logam terpilih.

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.


Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera "
(Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni .

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

TAKRIF KETULENAN EMAS

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ).
Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu
barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )

Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan
logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik.Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga
yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga.

Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu
mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM.

Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN
pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga )
1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi
standard ketulenan yang telah ditetapkan.

Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.

Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870.

Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan.

Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan

Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard
ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.

Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja.

Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan.

Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-
peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat
tambahan pembeli .Penandaan lambing pembuat,pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun
tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )
perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum
yang dicap pada barangan tersebut.

Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-
barang yang disadur.
Contohny disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K
( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat
yang kurang daripada 1.5 gram.

PNGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI

Duit syiling ,  barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik
atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,
wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat
sebelum 1hb.Ogos,1995.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.
Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan
emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga
telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas
bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah
 cukup haul setahun.

::Dalil Wajib Zakat::

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah
(tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan
kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari)
apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan
kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali
kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan
dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka
dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS


* Emas Yang Disimpan

          o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun.
Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan
zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu
tidak termasuk batu-batu permata.
          o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa),
maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.
 
* Emas Yang Dipakai
          o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara
berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang
 dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas
nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan,
buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
          o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai
RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?


 APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

             APA ITU KARAT ( K ) ?

             KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
             24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                       Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura
                                       22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

     
             STANDARD KETULENAN PERAK
           
             ( a )       958.4

             ( b )       925

             ( c )       830

             ( d )       800

             STANDARD KETULENAN PLATINUM

             ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

              CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

              KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                              24

              CARA MENGUKUR KARAT

              STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                  1000
         
              Contoh Pengiraan :
              Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 
              750  X  24 = 18K
                       1000

              Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

             
             Emas Se Amas = 2.551 gm
       
             Emas Se Rial =2.70 gm
     
             Emas Se Kupang = 0.64 gm
           
             Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
           
             Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
       
             Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
     
             Emas 1 Mayam = 3.37 gm

             Hina Besi kerana karat        Mulia Emas kerana kilat

Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan


Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan

ketulan emas Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan
Emas merupakan salah satu pilihan pelaburan masa kini. Harga emas yang meningkat melebihi 2o% setahun menjadi pilihan ramai pelabur-pelabur. Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur yang ingin membuat pelaburan emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
  1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
  2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
  3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916.
  4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread).
  6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas di sini. Pelaburan emas: Syiling Kijang Emas Maybank